Politik peribadi pemimpin UMNO punca masalah dalam MN: PAS

May 12, 2022 · Politik

Masalah yang dihadapi berhubung kerjasama PAS dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) berlaku antaranya disebabkan daripada politik peribadi sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebaliknya berkata partinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam MN telah putus.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya kini menunggu perkembangan semasa dalam masa sama, mengharapkan UMNO berfikir semula untuk kepentingan ummah serta negara pada masa akan datang.

Beliau juga meminta pemimpin UMNO menyelesaikan dahulu kecelaruan yang didakwa berlaku dalam parti terbabit.

“Kita tak pernah buat keputusan untuk berpisah dan yang putuskan hubungan dalam MN adalah UMNO. Sekarang masalah dalam UMNO, bukan masalah kita.

“PAS tak pernah buat kenyataan MN sudah putus dan yang buat kenyataan adalah UMNO Kelantan, yang isytihar daripada awal nak lawan PAS adalah UMNO Terengganu.

“Kita tengok kecelaruan dalam MN kerana adanya kepentingan politik peribadi dalam kalangan sesetengah pemimpin UMNO, jadi mereka kena selesaikan dan minta fikir semula. Kita tak pernah tutup pintu,” katanya seperti dilapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka PAS Kelantan sempena Aidilfitri di Dataran Warisan Stadium yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd Amar juga menegaskan pendirian PAS dalam soal penyatuan ummah tidak terhad kepada UMNO semata-mata, tetapi membabitkan mana-mana parti sekali pun, termasuk AMANAH, dengan syarat serius untuk membela agenda itu.

Menurutnya PAS bersifat terbuka dan sedia untuk membuka ‘pintu’ rundingan parti termasuk bersama AMANAH sekiranya memenuhi matlamat penyatuan ummah itu.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri sudah menyebut bahawa penyatuan ummah ini bukan hanya antara PAS dan UMNO, tetapi juga dengan mana-mana parti dan kumpulan yang serius membela ummah.

“Kita terbuka dan saya pernah membuat kenyataan dengan Parti Amanah Negara pun kita boleh bincang dengan syarat tinggalkan Pakatan Harapan (PH), tinggalkan DAP.

“Itu sikap kita, makna ‘we are open’ (kita terbuka). Khemah kita sekarang lebih besar daripada khemah PH lagi,” katanya.

Mengulas Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen Julai ini, Mohd Amar berkata, pihaknya menyerahkannya kepada keputusan Kabinet.

“Pada dasarnya, kita sudah setuju dengan akta ini cuma dari segi teknikal sahaja yang sedang diperhalusi oleh Kabinet. Jadi sekarang kita serah kepada Kabinet yang akan buat keputusan.

“Kita kena tengok kandungan akta itu nanti apabila dibentangkan oleh kerajaan dan kita sebagai sebahagian daripada kerajaan, Insya-Allah akan sokong,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
1 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
2 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
4 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
7 jam lalu· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
9 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
9 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
10 jam lalu · Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
13 jam lalu · Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
8 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok