PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald

August 7, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) memberikan komitmen untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi kestabilan politik negara, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut Ronald, sokongan tersebut akan kekal sehingga berakhir mandat PRU-14 pada tahun depan dan hanya akan berakhir apabila pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan nanti, lapor Bernama.

“Tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan tamat pada Mei tahun depan, jadi sehingga kini kita memberikan komitmen untuk terus menyokong Perdana Menteri (Ismail Sabri) dan kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara berkekalan sehingga PRU yang akan dipanggil (diumumkan),” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Padi serta Pelancaran Logo SMART SBB dan Sistem Pengurusan Maklumat Beras (RIMS), Ladang’57 iaitu Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual, sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyifatkan dakwaan yang menyatakan bahawa PN berhasrat menarik balik sokongan kepada kerajaan sebagai pandangan pihak tertentu sahaja.

Menteri Besar Terengganu itu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini berkata sebaliknya terdapat banyak lagi perkara yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri bersama Kerajaan Persekutuan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
7 jam lalu· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok