PN akan bentuk Kerajaan Persekutuan, terima surat Istana Negara

November 20, 2022 · Politik

Perikatan Nasional yang sehingga jam 3.30 pagi ini (Ahad, 20 November 2022) telah memenangi 73 kerusi Parlimen akan berbincang dengan parti gabungan di Sarawak dan Sabah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat, tetapi bukan dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pencapaian Perikatan Nasional dalam PRU-15 jam 3.30 pagi ini juga berkata terdapat enam lagi kerusi Parlimen yang belum habis dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Untuk rekod,GPS memenangi 21 kerusi dengan dua lagi kerusi Parlimen Limbang dan Baram, dijangka akan turut menjadi milik gabungan tersebut, manakala gabungan GRS-BN Sabah menang 13 kerusi Parlimen.

Manakala, BN pula setakat ini menang 30 kerusi.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan Malaysia turut memaklumkan telah menerima surat daripada Istana Negara berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan secepat mungkin.

“Kita (Perikatan Nasional) juga ada terima surat daripada pihak Istana Negara. Kandungannya saya tak payah nak sebutkan yang telah pun memberi kepada kita perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi tak payah kita jelaskan. Perkara ini memerlukan kita mengambil langkah secepat mungkin… bermakna sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan pada esok hari. Dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang esok,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik lain yang memenangi kerusi Parlimen dalam PRU-15 ini yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

“Mesyuarat khas Perikatan Nasional telah diadakan sebentar tadi. Pertama saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan dengan memenangi 73 kerusi Parlimen setakat.

“Ini termasuk 22 calon Perikatan Nasional yang menggunakan logo PAS di Kelantan dan di Terengganu. Masih terdapat enam kerusi lagi yang belum selesai dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

” Saya ingin pertamanya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua para pengundi di seluruh negara yang telah pun memberikan sokongan yang padu kepada Perikatan Nasional. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional keutamaan daripada pengundi-pengundi muda telah membolehkan Perikatan Nasional mencapai kejayaan luar jangka.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon Perikatan Nasional yang telah memerangi kerusi masing-masing dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang telah pun bekerja keras dengan penuh komitmen dan semangat juang yang tinggi sehingga memungkinkan Perikatan Nasional memperolehi kejayaan di luar jangkaan ini.

“Bagi tujuan pembentukan Kerajaan Persekutuan saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Sabah dan Sarawak dalam masa yang terdekat demi menjamin kestabilan negara.

“Perikatan Nasional juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beberapa pemimpin tertinggi Majlis Pimpinan Perikatan Nasional, turut hadir pada sidang media khas di Pusat Media Utama Perikatan Nasional di Glenmarie Hotel & Golf Resort di Shah Alam.

“Andai kata Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan bersama parti-parti lain yang sehaluan tumpuan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan semua tawaran yang dikemukakan kepada rakyat semasa tempoh berkempen,” katanya.

Menjawab soalan, beliau berkata Perikatan Nasional bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, tidak semestinya UMNO sahaja yang sedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional.

“Saya tak sebut yang particular UMNO… yang bersedia ya kita dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak juga… tak apalah saya dah buat kenyataan tadi kita bersedia… tetapi kita tak payah nak sebutkan. Jika terima dasar yang akan diketuai oleh Perikatan Nasional, kita akan menimbangkan dengan teliti dan mendalam. Setakat hari ini kita dapati adalah amat menggalakkan.

“Jadi serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan tinggi Perikatan Nasional dengan mengambil kira situasi dan keadaan-keadaan tertentu apa lagi pandangan yang telah pun disuarakan oleh ramai di kalangan pimpinan-pimpinan tertinggi kita… jadi akan mengambil kira semua perkara.

“Yang penting kita harap dengan Perikatan Nasional mengetuai kerajaan ini maka kita akan dapat melahirkan suasana politik negara yang paling stabil

Muhyiddin juga mengumumkan Perikatan Nasional telah mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perlis.

Video

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok