PH mengenakan semula cukai dan penalti 45% kepada Yayasan Al-Bukhary

March 11, 2023 · Politik

Kenyataan Lim Guan Eng yang bercanggah berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Al-Bukhary pada 2018 lalu disangkal Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yayasan Al-Bukhary sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kuasa pada 2018 banyak menjalankan kerja-kerja amal Islam tetapi sebaliknya keputusan pengecualian cukai ditarik balik sebaik bertukar kerajaan baharu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan tidak menjawab terhadap persoalan yang ditimbulkan, walhal Muhyiddin mendedahkan semasa menjadi Perdana Menteri (PM) ada menerima surat rayuan berhubung pengecualian cukai yang dibatalkan kerajaan terdahulu.

“Saya merujuk kepada beberapa kenyataan media oleh Lim Guan Eng berkaitan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Al-Bukhary. Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung intipati apa yang telah saya katakan.

“Saya menerima surat rayuan daripada Yayasan Al-Bukhary semasa saya menjadi Perdana Menteri. Saya dimaklumkan bahawa pihak yayasan telah menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam.

“Pengecualian cukai tersebut diberikan di bawah S.127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, semasa PH menjadi kerajaan pada 2018, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diketahui umum terletak bawah Kementerian Kewangan enggan melaksanakan pengecualian cukai terhadap yayasan tersebut yang banyak melakukan kerja-kerja amal Islam.

“Selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada bulan Mei 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini dengan mengenakan semula cukai berserta 45% cukai penalti terhadap Yayasan Al-Bukhary.

“Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN pada masa itu.

“Oleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45% ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam,” terangnya lagi.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP mendakwa semasa menjadi Menteri Kewangan tiada arahan diberikan untuk membatalkan pengecualian diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Al-Bukhary.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengeluarkan sebarang arahan spesifik membatalkan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan BN kepada Yayasan Al-Bukhary yang dinaungi oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary.

“Bolehkah Muhyiddin tunjuk surat di mana saya keluarkan arahan sebagai Menteri Kewangan untuk membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary?

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok