PH kata MoU berkuatkuasa sehingga bubar Parlimen walaupun tak disambung

July 29, 2022 · Politik

Memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan Putrajaya masih berkuatkuasa sehingga tiba pembubaran Parlimen, kata Pakatan Harapan (PH).

Blok pembangkang itu berkata walaupun MoU tidak disambung ia tidak bermakna perjanjian tersebut akan berakhir, malah berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menunaikan baki perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

“Majlis Presiden PH mengambil maklum kenyataan perdana menteri dua hari lalu bahawa satu MoU (perjanjian persefahaman) baharu tidak akan ditandatangani.

“Ini bermakna MoU yang dimeterai pada 13 September 2021 akan terus berkuatkuasa selagi mana Parlimen ke-14 belum dibubarkan, sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 2.1 MoU.

“Oleh itu, Majlis Presiden PH mengarahkan wakil-wakil PH di dalam Jawatankuasa Pemandu MoU agar mengadakan mesyuarat pada kadar segera bersama wakil-wakil kerajaan bagi membincangkan beberapa perkara di dalam MoU yang masih berbaki, di samping meneliti perkara-perkara yang dinyatakan Perdana Menteri termasuk berkait pendanaan politik,” kata PH dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, PH menegaskan terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan kerajaan, selepas lebih 80% janji dalam MoU dimeterai dengan Putrajaya sudah dipenuhi.

Majlis Presiden PH berkata, kelulusan Rang Undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang disokong 209 Ahli Parlimen merupakan satu daripada “tiang seri” kepada MoU itu.

“Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini, maka 15 daripada 18 perkara yang dipersetujui dalam MoU telah dilaksanakan, bersamaan 83.3%,” kata kenyataan itu lagi.

Tiga janji tersebut yang perlu ditunaikan kerajaan ialah:

– Mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun;

– Membentang dan meluluskan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen; dan

– Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi isyarat jelas tidak ada lagi perjanjian atau Mou baharu yang akan disambung antara kerajaan dengan PH.

Ismail Sabri akur dengan pendirian partinya, UMNO yang sudah membuat ketetapan supaya tiada MoU 2.0 akan dimerterai dengan PH walaupun terdapat usaha untuk menyambung MoU 2.0 yang baharu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas ini.

“Kita sama-sama bersetuju untuk tidak ada perjanjian atau persefahaman baharu. Saya pun mesti akur dengan keputusan parti saya. Saya sudah maklumkan kepada mereka (pemimpin PH), UMNO sudah buat ketetapan tidak sambung.

“Tapi dari segi perjanjian secara bertulis, semua sudah bersetuju tidak perlu ada perjanjian bertulis baru, tapi persefahaman untuk kepentingan rakyat kita boleh diteruskan bagi menjamin kestabilan politik,” katanya semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok