Peringatan buat pengundi PRN

August 12, 2023 · Politik

Hari ini ramai yang berpusu-pusu balik ke kampung halaman menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok yang hanya melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jadi, buat para pengundi yang bakal turun padang untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

Bawa dokumen penting

Pengundi diingatkan supaya membawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian. Anda perlu menunjukkan kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) untuk semakan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat semakan awal maklumat pengundian untuk mengetahui pusat dan saluran mengundi serta nombor bilangan di mysprsemak.

Sebagai peringatan, jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan anda kepada orang lain selain daripada petugas pilihan raya.

Larangan menggunakan telefon bimbit

SPR memaklumkan kepada semua pengundi agar dilarang menggunakan telefon bimbit di tempat mengundi.

SPR turut menetapkan bahawa pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan selepas penerimaan kertas undi. Selesai sahaja proses mengundi, anda dibenarkan untuk mengambil semula telefon bimbit masing-masing.

Etika pemakaian

Semua pengundi, calon dan petugas dilarang sama sekali memakai baju, topi, pelitup muka atau membawa apa-apa material yang melambang mana-mana parti atau calon ke tempat mengundi.

Mana-mana pengundi yang gagal mematuhi peruntukan yang sudah ditetapkan oleh SPR akan dihalang memasuki pusat mengundi oleh petugas.

SPR juga berharap agar semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar. Sebarang pelanggaran undang-undang atau gangguan boleh dikenakan tindakan.

 

Masa keluar mengundi

Pengundi dinasihatkan untuk keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan. Untuk mengetahui masa keluar mengundi yang digalakkan, log masuk ke laman web mysprsemak dengan mengisi kad pengenalan serta kod Captcha.

Anda akan melihat paparan maklumat peribadi pemilih, maklumat pengundian dan daftar pemilih yang telah disahkan. Lihat bahagian maklumat pengundian untuk mengetahui masa keluar mengundi yang digalakkan.

Walaubagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang atau mengikut pusat mengundi yang diwartakan. Pengundi juga tidak dinasihatkan untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Pengundi positif Covid-19

SPR menyarankan pengundi yang juga merupakan pesakit Covid-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tindakan sewajarnya bagi memudahkan urusan pengundian.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
7 minit lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok