Perikatan ada kelebihan selepas BN, PH ketepikan prinsip masing-masing

December 2, 2022 · Politik

Gelombang kemarahan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bakal memasuki pusingan kedua menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Rabu depan (7 Disember 2022).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah yakin pengundi di kedua-dua kawasan itu akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional, setelah BN dan PH, membelakangkan prinsip masing-masing.

Katanya perkembangan itu juga akan membawa kepada pembinaan momentum sokongan yang lebih kuat kepada Perikatan Nasional terutama di Kedah dan Pahang.

“Kita yakin walaupun ada main tolak-tolak antara calon BN dengan PH yang sudah berlaku di Tioman dan katanya akan berlaku di Padang Serai, saya tidak menjangka berlaku pertukaran undi (antara kedua-dua parti).

“Saya rasa mereka (pengundi) lebih kecewa (selepas) kemarahan pusingan pertama dalam pilihan raya lepas. Sekarang ini pusingan kedua, (jadi) bertambah sebab untuk dia marah.

“Yang pertama (marah) kepada BN yang salah guna kuasa. Sekarang dia marah sebab berkawan (BN-PH),” katanya kepada pemberita selepas hadir pada kempen calon Perikatan Nasional Padang Serai di Taman Mahsuri, Padang Serai.

Sebelum ini, PH yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pemimpin BN, khususnya UMNO, membabitkan penyelewengan, rasuah dan ‘menyamun’ menerima parti itu bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sementara, UMNO pula sanggup bekerjasama dengan DAP dengan menggadai prinsip perjuangannya sendiri, selain mengetepikan suara akar umbi yang melaungkan ‘No Anwar No DAP’.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin yang juga Pengerusi PN Pahang berkata, penerimaan sokongan daripada rakyat terhadap parti itu semakin meningkat disebabkan beberapa faktor termasuk ‘Parti Abah’ yang membawa prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Orang masih ingat Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin), waktu kempen (sebelum ini) setengah orang keliru antara Perikatan Nasional dan BN, apabila katakan ini parti Abah orang faham, jadi maknanya imej itu masih kuat,“ katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok