Pengikut setia Najib dijemput ke mesyuarat MT ganti tempat Tajuddin

June 24, 2022 · Politik

Seorang pengikut setia bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan diadakan malam ini.

Bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mengesahkan menerima jemputan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ke mesyuarat MT malam ini, ia selepas penyingkiran Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada badan tertinggi parti itu.

Dalam hantaran Facebooknya, Isham berkata menerima jemputan tersebut dan akan menghadiri mesyuarat malam ini.

Dengan perkembangan terbaharu ini, tempat Tajuddin yang dilihat sebagai orang kuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal digantikan dengan budak suruhan Najib.

Tajuddin disingkirkan sebagai Ahli MT pada Selasa menerusi sepucuk surat yang dihantar Ahmad.

Awal hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan tindakan yang diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci alasan penyingkirkan tersebut sebaliknya meminta media bertanya sendiri kepada Tajuddin.

“Dalam hal ini, saya sangat berlapang dada, jika secara peribadi (keputusan) saya tidak dipersetujui, secara peribadinya. Tetapi apabila keputusan parti tentukan, maka kita harus menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti.

“Itu sebabnya (Tajuddin digugurkan). Kena tanya beliau sendiri apa kenyataan yang beliau sudah buat. Apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan yang sudah dinyatakan dalam mesyuarat tertutup. Tanya beliau sendiri,” katanya.

Isham sebelum ini pada 3 Jun lalu dipecat Barisan Nasional (BN) Selangor sebagai ketua penerangannya di negeri itu.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
2 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
14 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok