Pembangkang akur tiada undi percaya, tandatangan MOU dengan PM esok

September 12, 2021 · Politik

Pembangkang akhirnya tunduk kepada kerajaan diterajui UMNO apabila terpaksa akur untuk tidak membawa undi percaya ke Dewan Rakyat susulan persetujuan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan berlangsung esok di Parlimen.

Langkah bersetuju untuk menandatangani MOU tersebut juga memperlihatkan kesediaan blok pembangkang bersetuju ketiadaan undi percaya yang sepatutnya dibawa pada sidang kali ini.

Malah berkemungkinan blok pembangkang juga akan menyokong Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker yang baharu nanti.

“Kedua-dua pihak juga berusaha untuk mendedahkan memori yang terbuka persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

“Sesuai dengan semangat dan komitmen untuk menterjemahkannya, maka kedua-dua pihak untuk untuk menandatangani persefahaman ini pada hari esok, 13 September 2021 jam 5 petang bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia,” kata kenyataan bersama itu hari ini.

Perjanjian itu akan disempurnakan Ismail Sabri bersama ketua-ketua parti Pakatan Harapan, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Bagi wakil kerajaan kenyataan itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Semalam, pembangkang mendedahkan bersetuju untuk membincangkan sebuah MOU dengan kerajaan bawah pentadbiran Ismail Sabri dan bukan bersetuju dengan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA).

MOU itu termasuk cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Ismail Sabri baru-baru ini.

Pembangkang dan pihak wakil kerajaan membincangkan perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19.

Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan.

Turut ditekankan PH berhubung suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dibuat kepada Dana Covid-19 RM65 bilion yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion untuk menangani pandemik Covid-19 dan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok