PBS tolak tawaran Shafie untuk bekerjasama

June 7, 2022 · Politik

Tawaran kerjasama dibuat Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal ditolak Parti Bersatu Sabah (PBS) yang tidak berminat dengan usaha tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili berterima kasih atas jemputan Shafie tersebut bagaimanapun berpendirian mahu terus kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini mentadbir negeri itu.

“Kami menjemput Warisan dan penyokong untuk berjuang dengan matlamat sama, iaitu bersama membangunkan Sabah serta menjamin negeri yang makmur dan selamat, bebas daripada pendatang asing tanpa izin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, partinya dianggap sebagai salah satu pengasas GRS serta menyifatkannya sebagai “murni dan berkekalan”, dalam gabungan “berasaskan rakyat”.

Maximus menggesa parti politik di Sabah supaya kembali ke akar umbi asas politik negeri itu ketika menyertai Malaysia pada 1963.

Beliau berkata, parti Sabah harus menyasarkan “kesatuan politik” seperti yang dicapai oleh parti politik terdahulu semasa penerimaannya sebagai sebuah negeri dalam Malaysia pada 1963 dan cita-cita seperti itu harus diteruskan dengan solidariti bersama negeri jiran, Sarawak.

“Mana-mana parti politik Sabah boleh menyokong matlamat dan aspirasi GRS tanpa menjadi ahli gabungan.

“Kami dalam PBS menghargai gerak kerja politik Warisan dan presidennya, Shafie Apdal untuk bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang, tetapi sebagai parti tempatan yang berbilang kaum, berpengalaman, kami komited dan setia sepenuhnya kepada GRS dan rakan gabungannya,” katanya.

Terdahulu, Shafie berkata Warisan terbuka untuk bekerjasama dengan PBS.

Shafie berkata, kesediaan itu kerana Sabah memerlukan satu gabungan parti tempatan yang kuat di peringkat akar umbi.

“Seperti yang saya nyatakan, kena ada juga pihak-pihak di peringkat akar umbi, bukan hanya suara daripada luar.

“Perlunya ada gabungan dengan parti tempatan dan di antaranya yang saya lihat ialah PBS kerana saya kenal mereka. Saya kenal sebahagian pimpinan di peringkat akar umbi.

“Saya rasa kalau itu menjadi satu pilihan, saya nyatakan dengan pimpinan Warisan tak jadi masalah kalau PBS,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok