Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen

October 3, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sahaja boleh memberikan jawapan berhubung persoalan isu pembubaran Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Azhar berkata demikian semasa sesi hari pertama Dewan Rakyat hari ini susulan beberapa Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang bertanyakan soalan berhubung kemungkinan Parlimen dibubarkan pada masa terdekat bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh.

MP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong bertanya sama ada Perdana Menteri bercadang untuk membubarkan Parlimen kerana dianggap suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab memandangkan rakyat bakal berdepan kesusahan akibat bencana banjir.

“Adakah Perdana Menteri bercadang untuk membubarkan parlimen seperti yang dikehendaki UMNO? Sebab kalau bubarkan parlimen waktu bencana banjir ini, ia amat tidak bertanggungjawab dan membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Namun Azhar secara ringkas berkata: “Soalan itu patut ditanya kepada Perdana Menteri.”

Speaker dalam masa yang sama turut menolak soalan MP Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang dianggap spekulasi dan bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat.

Shamsul Iskandar ketika itu berkata, bagaimana persiapan Jabatan Perdana Menteri sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada waktu banjir.

Soalan-soalan berkenaan ditanya ketika Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid ingin menjawab soalan yang diajukan Datuk Rubiah Wang (GPS -Kota Samarahan) mengenai status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir hujung tahun ini.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan Ismail Sabri berkemungkinan membubar Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober nanti, ia ekoran partinya UMNO sudah membuat ketetapan memberi mandat kepadanya untuk mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong cadangan mengadakan PRU-15 tahun ini juga.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok