PAS umum barisan baharu kerajaan negeri Kelantan jika menang PRN

August 11, 2023 · Politik

Kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila, Terengganu, semalam, menurut laporan Bernama.

“PAS dengan ini mencadangkan tawaran kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti berikut.

“Mengekalkan Menteri Besar bagi Terengganu dan Kedah, tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan KDYMM Tuanku Sultan kedua-dua negeri dan perubahan gabungan ‘Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sekarang’ bagi negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata gabungan kepimpinan baharu yang akan dikemukakan itu adalah seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

Pada masa ini Menteri Besar Kelantan ialah Datuk Ahmad Yakob yang memegang jawatan itu sejak 2013, manakala Timbalan Menteri Besar ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pada PRN ini, Ahmad bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan buat kali kelima manakala Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Panchor yang diwakilinya sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Berita berkaitan
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok