‘PAS tiada masalah parti lain bersama MN, asalkan bukan DAP’

December 6, 2021 · Politik

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan tidak ada masalah jika parti lain turut dijemput untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) asalkan jemputan itu tidak melibatkan DAP dalam kerjasama itu.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyangkal dakwaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kononnya mahu menjaga hati rakan parti itu apabila tidak membuat jemputan kepada parti luar lain untuk menyertai kerjasama tersebut sebelum ini.

“Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk mengajak parti-parti yang disebutkan tadi untuk bersama Muafakat Nasional.

“Asal saja mereka sudi memutuskan hubungan dengan DAP yang dilihat menjadi tulang belakang sebenar di dalam Pakatan Harapan.

“Soalnya, sanggupkah mereka? Tidak ada sesiapa pun di dalam PAS akan tersinggung jika pihak-pihak ini tiba-tiba memohon untuk menyertai Muafakat Nasional apabila mereka bermufarakah dengan DAP,” katanya dalam satu hantaran di Facebook menjawab kepada kenyataan Mohamad.

Terdahulu, Mohamad memberi alasan mahu menjaga hati PAS apabila tidak pernah mengajak PKR, Amanah, PUTRA ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan.

Dalam pada itu, Fadhli juga menasihati UMNO supaya belajar untuk bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri semata-mata kerana kumpulan tertentu yang sedang bergelut dengan kes mahkamah.

“Jika masing-masing membelek kronologi demi kronologi, sampai bilapun kita tidak akan bersepakat.

“Hakikatnya, UMNO perlu belajar menerima PPBM dan tentu sekali, Bersatu juga perlu belajar untuk menerima UMNO. Jika tidak, muafakat ummah seperti yang diangkat oleh Tan Sri Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) itu tidak akan berjaya,” ujarnya lagi.

Ujarnya lagi, UMNO jangan terlalu bongkak dengan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai kayu pengukur untuk mereka meraih kemenangan besar yang sama dalam pilihan raya umum nanti.

“Yakinkah UMNO berdasarkan perkembangan di Melaka, jika ia diaplikasikan ke seluruh negara, dapat menang besar sebagaimana di Melaka?

“Bagaimana jika di dalam pilihanraya umum nanti, pengundi bukan Melayu keluar beramai-ramai sehingga menjadikan ‘turn out’ mencapai 75% misalnya, bolehkah UMNO dan Barisan Nasional menang jika berlaku pula pertembungan tiga penjuru?” soalnya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok