PAS dakwa DAP juga main isu 3R, tapi tidak didakwa

July 2, 2023 · Politik

Tindakan berat sebelah kerajaan campuran dalam menangani isu Agama, Bangsa dan Raja dikritik PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang menjadikan pihak pembangkang sebagai sasaran tindakan bermotif politik walhal pemimpin DAP lagi banyak menyentuh isu sensitif terhadap penganut agama lain.

Khairil Nizam mengulas isu pemakaian seluar pendek yang dimainkan Naib Presiden DAP, Nga Kor ming bagi menyebarkan Islamofobia.

“PAS tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang begitu terdesak sehingga sanggup menjadi batu api dengan menyentuh isu sensitif melibatkan 3R dalam kenyataan-kenyataan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau juga mendakwa Tony Pua menyentuh isu kaum dengan menggelar bukan sahaja Barisan Nasional tetapi parti nasionalis atau parti yang dipimpin orang Melayu sebagai korup.

Malah, kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa menyokong Perikatan Nasional (PN) akan memadamkan Pulau Pinang adalah jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Khairil Nizam lagi.

“Justeru, PAS menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital untuk bersikap adil dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk DAP yang telah menggunakan isu 3R ini secara terang-terangan sebagai modal politik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu.

Isu 3R hangat dimainkan pemimpin-pemimpin politik sejak beberapa bulan lalu dan dilihat semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan penubuhan pasukan petugas yang berperanan menyiasat kes membabitkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
PN calonkan bekas Ahli Parlimen UMNO sebagai Speaker Parlimen
December 13, 2022
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok