Panggil pulang duta di Sweden, PAS gesa kerajaan campuran

July 3, 2023 · Politik

PAS mengutuk insiden membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden, Rabu lalu, semasa cuti sambutan Aidiladha dan berharap agar kerajaan Malaysia bertindak lebih tegas dan aktif dalam isu berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan perlu menunjukkan keseriusan dalam isu berkenaan dan mengetengahkan mesej keamanan serta persaudaraan yang dibawa oleh Islam selaras dengan dasar dan pegangan negara, lapor Bernama.

“Selain mengeluarkan kenyataan rasmi atau memanggil wakil Sweden ke negara ini bagi menyampaikan protes kita, PAS juga menggesa Kementerian Luar supaya memanggil pulang duta kita ke negara berkenaan sebagai langkah bantahan yang lebih tegas,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, kerajaan juga boleh berperanan secara lebih aktif di pentas dan forum antarabangsa bagi menggembleng suara dan tindakan dunia dalam menghalang dan memberi tekanan kepada kerajaan serta pihak berkuasa Sweden daripada terus bersikap sambil lewa terhadap perbuatan tersebut.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok