Muhyiddin diperlukan untuk kekal terajui PN, kata PAS

August 3, 2022 · Politik

PAS meletak harapan dan masih mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal menerajui Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) depan.

Pengalaman dan khidmat Pengerusi PN diperlukan bagi membantu parti dalam gabungan itu untuk bersiap-sedia bagi menghadapi kempen PRU-15 yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Pada pandangan parti dan saya sendiri, dia masih diperlukan untuk menerajui PN bukan hanya untuk PRU-15 ini sahaja tapi untuk masa akan datang.

“Tapi kalau dia sendiri merasakan tak nak teruskan, itu hak dia. Kita tak boleh kata apa,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Baru-baru ini Muhyiddin mengumumkan mahu bersara dari gelanggang politik dengan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Mantan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding pada PRU-15 akan datang, sekiranya parti memutuskan beliau layak dipilih sebagai calon sekaligus menjadi penggal terakhir buatnya.

Ketika diminta mengulas mengenai bayangan PRU-15 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui PAS sudah bersedia.

Beliau berkata, lazimnya semua parti sudah membuat persiapan apabila memasuki tahun keempat penggal Parlimen.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok