MP PN sekali lagi berusaha bawa usul kes Zahid, dakwa Speaker mungkir janji

September 12, 2023 · Politik

Selepas ditolak usul berhubung kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berusaha mengemukakan usul sama di Dewan Rakyat hari ini.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Tan Sri Johari Abdul yang menolak usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) semalam, beberapa MP PN semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini membangkitkan berhubung usul tersebut lagi.

Usul tersebut meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah berkait Yayasan Akalbudi.

Beberapa wakil pembangkang termasuk Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bangkit selepas diberi ruang oleh Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor, menyebabkan aturan asal mesyuarat tertangguh sehingga setengah jam.

Rata-rata mereka mendakwa Johari ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam, berjanji untuk memberi ruang kepada Ahli Parlimen Machang itu bagi memberi penjelasan terhadap isu mahkamah dihadapi Zahid, namun ia tidak ditunaikan.

Justeru, MP PN menuntut supaya usul berkaitan keputusan DNAA Zahid daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi dibahaskan.

Usul terbaharu itu dikemuka semula MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Speaker Dewan Rakyat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) selepas usul sama dikemuka Wan Ahmad Fayhsal Jumaat lalu itu ditolak semalam.

“Saya sudah bawa semula usul itu bersama Machang, kenapa (usul) 18(1) perlu disegerakan untuk kepentingan orang ramai. Kami rasakan ianya perlu dibincangkan sebab semua rakyat Malaysia membuka mulut.

“Parti politik membuka mulut. DAP membuka mulut. Termasuk parti MUDA, PKR serta peguam kanan di negara ini juga membuka mulut supaya Peguam Negara bagi penjelasan mengapa kes ini digugurkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pihaknya hanya mahukan supaya Peguam Negara memberi penjelasan terhadap hala tuju kes berkenaan, sekali gus menolak sangkaan ramai pihak seolah-olah kerajaan campur tangan dalam kes terbabit.

“Penolakan yang dibuat Speaker (Johari) semalam juga bukan alasan. (Alasan) penolakan dibuat Speaker semalam kerana ketua majlis minta supaya perkara ini tak masuk dalam senarai.

“Sepatutnya Speaker memberi alasan mengapa dia menolak peraturan mesyuarat 18(1),” katanya.

Perkara dibangkitkan Shahidan itu kemudian disambut beberapa lagi MP PN yang terus mendesak supaya Speaker menunaikan janjinya untuk membenarkan isu itu dibahaskan dalam dewan.

“Semalam, Kami sudah berbincang dengan Speaker, beliau sudah memberi kelonggaran untuk dibahaskan selepas pembentangan RMK12. Tapi Speaker mungkir janji kepada kami,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) pula menegaskan punca beberapa MP PN bangkit di Dewan Rakyat kerana komitmen daripada Speaker semalam.

“Itu isunya. Dari satu sudut kita akur kepada peraturan mesyuarat, kita faham. Tetapi Parlimen kita juga bergerak atas landasan konvensyen dan kebiasaan. Jadi, tidak ada pelanggaran atau ketidakpatuhan,” katanya.

Ketika menjawab tuntutan beberapa MP itu, Ramli menjelaskan usul pertama di bawah Machang pada Jumaat sudah ditolak, sementara usul baharu dikemuka belum diputuskan Speaker.

Beliau juga meminta MP PN menunggu giliran ketika Johari selaku Speaker mempengerusikan sidang untuk bertanyakan berkenaan status usul berkenaan, sama ada boleh dibahaskan atau sebaliknya.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok