Menteri jadi K-Pop dan kayuh basikal, apa produk kerajaan madanon ini? soal Sanusi

July 12, 2023 · Politik

Barisan menteri Kabinet kerajaan campuran menjadi bahan kritikan terbaharu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilihat gagal menjalankan peranan masing-masing dengan baik.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyindir seorang menteri tertinggi dalam kerajaan yang sedang menghadapi kes mahkamah dan diberikan pasportnya semula baru-baru ini yang kini menjadi seperti seorang artis K-Pop dari Korea.

“Tua tu sedar lah diri. Toksahlah pi duk jadi K-Pop lagi, bukan nak muda dah.

“Kalau 70 (umur), kalau hang buang biji mata keluar pun tetap 70 umur hang,”

“….Ingat minta pasport nak pi haji ke nak pi mana ,rupanya pi jadi K-Pop,” katanya semasa berucap dalam ceramah Jelajah Selangor Baharu di Selayang malam tadi.

Sebelum ini, penampilan Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencetuskan persoalan apabila beliau mengenakan kaca mata hitam ketika hadir untuk beberapa program baru-baru ini dan sedikit perubahan pada wajahnya.

Jelasnya, setakat tujuh bulan lebih kerajaan campuran memerintah, produk menteri yang dihasilkan amat mengecewakan dan tidak mengetahui peranan masing-masing mengendalikan portfolio di kementerian masing-masing.

“Tak ada lagi produk yang kita nampak daripada menteri-menteri yang dibariskan oleh Mandanon ini.

“Produk apa Fahmi Fadzil tak tahu, kayuh gerek (basikal) dalam pejabat. Pusing dua tiga round, gaji 70,000… Lepas itu gempar (ugut) orang hampa komen lebih-lebih, kereta peronda (polis) tunggu depan rumah,” ujarnya lagi.

Selain itu, Menteri Besar Kedah juga mengkritik menteri dalam kerajaan yang berdepan kritikan orang ramai kerana tindakan mereka sendiri, antaranya langkah duduk atas seekor lembu dan tidak mengakui kenaikan harga barang yang sedang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok