Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula

July 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana lambat bertindak dalam menangani kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

Ketua Pembangkang itu melabel kerajaan Ismail Sabri sebagai “bangang” kerana tidak mengambil langkah awal dalam membendung kos sara hidup rakyat, kritikan keras itu hadir menjelang tamatnya perjanjian memorandum persefahaman (MoU) pada 31 Julai ini.

“Harga barang sudah naik enam bulan sebelum Raya Puasa, ini nak masuk Raya Haji, lepas ini Raya Cina, baru minggu lalu tubuh jawatankuasa Kabinet, ini kerajaan apa?

“Saya pernah beberapa tahun dalam kementerian, dengar saja nak naik harga barang, sebelum naik sebulan, dua bulan sebelum nak raya kita tubuh jawatankuasa Kabinet tangani masalah, jadi boleh kawal harga.

“Sekarang harga sudah naik melambung RM13, RM14 1kg ayam baru buat jawatankuasa Kabinet…’bangang’, tak membantu sama sekali masalah rakyat, tak prihatin,” katanya dipetik laporan FMT.

Anwar berucap semasa ceramah jelajah harapan Selangor di Tanjong Karang malam tadi.

Untuk rekod, Ismail Sabri minggu lalu penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan tersebut dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Pasukan itu akan bertanggungjawab mengumpul data daripada semua kementerian, agensi berkaitan dan orang ramai bagi merangka strategi dan menyelaras usaha untuk mengatasi inflasi dan kesannya terhadap harga barang.

Pasukan petugas lain termasuk Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Malaysia kini sedang menghadapi krisis kos sara hidup di mana harga makanan ruji dan keperluan meningkat secara mendadak dan stabil sejak awal tahun.

Pada 13 September tahun lepas, Kerajaan dipimpin Ismail Sabri dan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Untuk rekod, pada April lalu UMNO berkata sudah membuat pendirian tidak akan menyokong Ismail Sabri untuk menyambung MoU tersebut, ia berkemungkinan bakal memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok