
Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Nabila Norsahar sambil disaksikan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Anak muda lulusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nabila Norsahar dilantik sebagai Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah.
Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin, pada Sabtu.
Ia disaksikan Naib Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
“Tahniah, anak muda lulusan undang-undang dari UIA ini pasti akan mencorak kepimpinan baharu Sabah,” katanya Ronald.
Terdahulu, Ronald hadir dalam Majlis Watikah Pelantikan Ketua Armada Bahagian dan Barisan Kepimpinan Tertinggi Armada Negeri Sabah yang diadakah di sini, pada Sabtu.