Loke boleh minta kawan UMNO yang pro-DAP buat referendum, cabar Isham

September 12, 2023 · Politik

Isham Jalil tidak berpuas hati dengan kenyataan dibuat Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook ekoran kenyataan supaya UMNO bertanding sendirian selepas ini dalam pilihan raya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu mencabar Loke supaya meminta kawan-kawannya dalam UMNO yang pro-DAP supaya membuat referendum bagi melihat sama ada akar umbi mahu meneruskan kerjasama atau sebaliknya.

“Saya wakil akar umbi UMNO mahu kembali ke perjuangan asal dengan mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapuskan hak orang Melayu serta Bumiputera.

“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi mahu, beliau boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya tiga juta ahli akar umbi sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, parti keramat itu perlu kembali kepada perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bukan mengikut telunjuk DAP semata-mata.

Semalam, Loke berkata, cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi Isham.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Isham berkata, perkara tersebut perlu diteliti semula sama ada ingin mempertahankan hak orang Melayu atau menyambut baik perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

Ujarnya, perubahan kepada asas perjuangan perlu mempunyai referendum supaya ia tidak menyimpang daripada pendirian parti.

“Sekiranya ada referendum baru kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” katanya lagi.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 minit lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok