Kleptokrat kembali berkuasa jika UMNO menang PRN Johor, kata Dr Mahathir

February 15, 2022 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, ia akan membuka laluan kepada kumpulan Kluster Mahkamah dan kleptokrat kembali berkuasa.

Mantan Perdana Menteri dua kali itu berkata kesan PRN Johor kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 amat besar, ia tidak boleh dipandang remeh pengundi dan mereka perlu mengambil tanggungjawab untuk mengelak kerosakan dilakukan kumpulan penjenayah tersebut.

“Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum PRU-15.

“Perancangan mereka ialah apabila menang di pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat mengguna kedudukan untuk menyelesai kes-kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat,” katanya dalam satu perutusan surat hari ini.

Walaupun tiada calon kluster mahkamah dan kleptokrat bertanding pada PRN Johor, namun Dr Mahathir berkata calon yang diletak UMNO dan BN bertanding akan memberi kekuatan kepada kumpulan tersebut untuk kembali berkuasa.

“Memang benar, tetapi mereka yang bertanding di atas tiket UMNO dan Barisan Nasional akan memberi kekuatan kepada kluster mahkamah dan kleptokrat.

“Jadi amatlah penting pilihan yang dibuat, selain memberi kebaikan kepada rakyat, tidak akan merugikan bangsa, agama dan tanah air,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pengundi Johor untuk membuat pilihan terbaik pada PRN Johor kerana setiap undi menentukan parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri itu.

PRN Johor akan menjadi medan untuk penampilan sulung Pejuang selepas memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN Melaka pada November lalu kerana berpendirian itu bukan masa sesuai untuk mengadakan sebarang pilihan raya kerana negara masih lagi berdepan dengan risiko penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok