Kleptokrat ganggu kluster PM punca kerajaan tak harmoni: Menteri kanan

October 12, 2022 · Politik

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa menteri daripada Perikatan Nasional (PN) sebagai punca kerajaan tidak stabil hingga Parlimen terpaksa dibubarkan.

Azmin yang juga Ketua Penerangan Bersatu menjelaskan punca pembubaran Parlimen bukan rahsia lagi iaitu disebabkan desakan bertalu-talu UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

“Punca sebenar ketidakstabilan dan ketidakharmonian dalam kerajaan hari ini adalah akibat percakaran kuasa antara kleptokrat dengan kluster Ismail Sabri,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin berkata tindakan menteri PN menolak pembubaran Parlimen selaras dengan keputusan Kabinet pada 21 September supaya kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha pemulihan ekonomi negara serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi banjir.

Katanya Ismail Sabri juga sedia maklum bahawa beberapa kerajaan negeri berpendirian tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tahun ini.

Selain itu, katanya, Kabinet juga pada 7 September 2022 bersetuju bahawa pembubaran Parlimen dirunding dengan menteri-menteri sebelum menyembah warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Mengapa kini Ismail Sabri mempertikaikan pendirian menteri-menteri PN yang telah diputuskan secara bersama dalam Jemaah Menteri?

“Pastinya, pendirian terbaru Ismail Sabri adalah di atas desakan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Menurutnya, tindakan Ismail Sabri menyalahkan menteri PN adalah bermotifkan politik yang terdesak untuk mengalih persepsi rakyat terhadap UMNO dan BN yang gagal merasai denyutan nadi rakyat.

“Saya yakin rakyat dapat menilai siapakah musuh sebenar rakyat.PN beriltizam untuk terus mengorak langkah menjana kekayaan negara, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan menjamin kemakmuran bersama,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ada sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan kedua berhubung isu surat yang diserahkan 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara itu, Ismail Sabri pada awalnya mengatakan adalah suatu perkara normal untuk wakil parti menghantar surat kepada sesiapa pun.

Tetapi, kemudian Perdana Menteri menukar kenyataannya pula yang menyalahkan tindakan 12 menteri PN menghantar surat kepada Agong untuk menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.

Ada sesuatu tak kena dengan Ismail Sabri isu surat menteri PN: Hamzah 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok