Ada sesuatu tak kena dengan Ismail Sabri isu surat menteri PN: Hamzah

October 12, 2022 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ada sesuatu yang pelik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan kedua berhubung isu surat yang diserahkan 12 menteri PN kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara itu, Ismail Sabri pada awalnya mengatakan adalah suatu perkara normal untuk wakil parti menghantar surat kepada sesiapa pun.

Tetapi, kemudian Perdana Menteri menukar kenyataannya pula yang menyalahkan tindakan 12 menteri PN menghantar surat kepada Agong untuk menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh.

“Seperti dikatakan Perdana Menteri berkenaan surat itu sebelum ini, beliau mengatakan perkara itu adalah normal, namun selepas beberapa hari, beliau mengeluarkan kenyataan mengatakan sebaliknya.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di sini. Saya faham kedudukan ini boleh berlaku sebab kita sudah bincang dalam Kabinet bahawa kadang-kadang kita fikir tanggungjawab mewakili parti tertentu, tiada pilihan.

“Sama juga dengan Perdana Menteri, beliau tiada pilihan apabila partinya (UMNO) mengarahkan beliau membuat sesuatu dan perlu akur,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini (12 Oktober 2022).

Untuk rekod, Ismail Sabri hanyalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO, di bawah Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden.

Bekas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri boneka dan patung kepada Zahid yang lebih berkuasa sebagai ‘pemandu’.

6 Oktober lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air daripada PAS – parti komponen PN – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menteri daripada PN menyerahkan surat pada 5 Oktober, kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan rasa tidak setuju jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Susulan penyerahan surat itu, pada 6 dan 7 Oktober, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan keabsahan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Pada Ahad (9 Oktober) Ismail Sabri dipetik BH ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan itu dilaporkan berkata keabsahan kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak tergugat serta tidak menandakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Ismail Sabri juga dilaporkan berkata tindakan berkenaan tidak menjejaskan keutuhan kerajaan kerana sokongan kepada seseorang PM adalah tertakluk kepada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bukan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, susulan kenyataan Istana Negara pada 10 Oktober yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong kecewa dengan situasi politik negara sekarang, Ismail Sabri menyalahkan pula tindakan 12 menteri Kabinetnya menghantar surat berkenaan.

Mengulas lanjut isu itu, Hamzah yang juga bekas Ahli Parlimen Larut berkata tindakan dilakukan 12 menteri Kabinet itu adalah selaras keputusan parti yang diwakili mereka yang tidak mahu PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata keputusannya menandatangani dan menghantar surat itu adalah seperti diputuskan PAS dan Bersatu yang tidak mahu PRU-15 diadakan.

“Keputusan parti adalah tidak mahu membuat PRU-15 dan Perdana Menteri pun selalu mengatakan dirinya adalah ‘party man’ (orang kuat parti). Saya hormat cara beliau menjawab.

“Maka saya pun sebagai ‘party man’, kena dengar kepada (keputusan) parti. Apabila parti kata tidak sesuai sekarang (PRU-15), saya pun ikut sama tak sesuai (diadakan PRU-15).

“Sama juga dengan beliau (Ismail Sabri), sekiranya Presiden dia (Zahid) kata nak ada pilihan raya sekarang, maka beliau kena ikut,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
18 jam lalu· Rencana
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
15 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok