Kit Siang boleh saman, banyak lagi maklumat akan keluar: Annuar

July 9, 2023 · Politik

Tindakan saman Tan Sri Lim Kit Siang akan membuka lebih maklumat mengenai peranan DAP dalam insiden rusuhan kaum pada 16 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sedia berdepan tindakan saman veteran DAP tersebut dan memintanya mengemukakan bahagian mana kata-katanya menyalahi undang-undang.

“Saya diberitahu bahawa Lim Kit Siang nak menyaman saya berkaitan ucapan saya di Bachok.

“Jika benar (nak saman), saya bersedia dan mengalu-alukan tindakan tersebut dan LKS (Kit Siang) boleh kemukakan bahagian mana dari ucapan saya yang menyalahi mana-mana undang-undang. Silakan,” katanya melalui Facebook, hari ini

Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) turut memaklumkan beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil langkah wajar mengikut jalur undang-undang.

Baru-baru ini, Annuar semasa dalam ceramah mengaitkan Kit siang dengan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Dalam pada itu, Annuar berkata percaya tindakan saman jika diteruskan Kit Siang akan memberi ruang kepada beliau untuk membuka lebih banyak cerita.

“Mungkin ini satu peluang untuk saya memberi maklumat yang lebih banyak dan lebih terperinci mengenai dasar perjuangan dan tindakan LKS (Kit Siang) dan DAP dalam perjuangan politik beliau dan impak kepada suasana politik tanah air. Insya-Allah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok