Kesian, Anwar nisankan reformasi dengan pembebasan Zahid: Khairy

September 7, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana membelakangi prinsip reformasinya sendiri semata-mata hanya kerana mahu terus berkuasa.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyifatkan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Presiden PKR itu sebelum ini sudah mati selepas membebaskan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan di mahkamah pada Isnin lalu.

“Inilah harga yang perlu dibayar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Saya pun rasa kesian kepada Anwar kerana Isnin (4 September) ialah ulang tahun ke-25 reformasi, tapi hari itu (reformasi) dibatu nisankan, jadi reformati.

“Banyak cabaran dilalui oleh beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita tengok kepada pembentukan karektor, dia mesti mahu pengakhiran yang baik untuk beliau tapi dia kena ‘usung’ benda ini,” katanya dalam episod baharu podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan yang disiarkan dalam Youtube.

Khairy turut mempersendakan agenda perjuangan kerajaan untuk meningkatkan tata kelola yang baik kini namun semuanya berubah dan menjadi ‘tata ke laut’.

Katanya, dia juga mungkin akan keluar selama-lamanya daripada arena politik.

“Ia sangat menyedihkan, saya rasa begitu sedih bahawa kita sudah sampai tahap ini. Mungkin perkiraan Perdana Menteri dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi orang pun dah lupa akan ada isu baharu, skandal, jadi dia fikir buat perkiraan, benda buruk lepaskan dulu,” katanya.

Jelas Khairy, dalam kes Zahid bukan mahkamah yang putuskan keputusan untuk menghentikan prosiding sebaliknya ia adalah kuasa mutlak Peguam Negara.

“Kes Zahid bukan mahkamah putuskan keputusan hentikan prosiding adalah kuasa mutlak Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan itu turut membandingkan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dianggap lebih penting dan bukannya Zahid.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib. Sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada BN-PH.

“Bandingkan ‘Bossku’ (Najib) dengan Zahid, (orang) yang akan bagi nilai tambah untuk kekang ‘gelombang hijau’ adalah Najib. Apa yang dia (Zahid) boleh buat? Dia tiada nilai tambah,” katanya lagi.

Terdahulu, selepas 77 hari dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) membuat permohonan berkenaan kepada mahkamah.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya prosiding perbicaraan diberhentikan bagi semua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok