Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan

May 29, 2023 · Politik

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak memohon disegerakan kes perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM27 juta jika kes tidak digugurkan.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding di hadapan Hakim Muniandy Kannyappan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata kes tersebut sudah lama berlaku tetapi perbicaraan belum bermula, namun tidak membantah penangguhan oleh pendakwa raya.

“Secara dasarnya, kami (pembelaan) tidak membantah terhadap permohonan penangguhan.

“Sekiranya mahkamah ingin menetapkan tarikh sebutan atau pengurusan kes pada Ogos ini, saya memohon agar tarikh bicara juga ditetapkan secepat mungkin,”kata Shafee dihadapan Hakim Muniandy hari ini.

Sebelum ini, kes pengubahan wang haram itu ditangguhkan sementara menunggu semakan Najib diputuskan memandangkan bukti dalam kes kedua-duanya (penyelewengan dana RM42 juta dan pengubahan wang haram RM27 juta) saling berkaitan melibatkan jejak wang yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada mahkamah bahawa semakan Najib berhubung kesalahan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. telah selesai.

Bagaimanapun,masih terdapat satu lagi rayuan berhubung kes SRC International membabitkan rayuan peguam kanan (QC) United Kingdom, Jonathan James Laidlaw terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk menjadi peguam bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Semakan telah selesai tetapi ada rayuan tertuduh (Najib) mengenai QC yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 10 Ogos ini. Oleh itu, saya diarahkan untuk memohon satu lagi tarikh pengurusan kes selepas tarikh pendengaran rayuan itu,”kata Mohd. Ashrof.

Hakim Muniandy selepas mendengar hujah ringkas kedua-dua pihak menetapkan 18 Ogos ini untuk pengurusan kes. Pada tarikh sama mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, iaitu menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Bekas Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Seksyen itu memperuntukan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
AS$30 juta masuk akaun Najib daripada syarikat samaran: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
9 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
18 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
8 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok