Kerjasama dengan PN-UMNO di Melaka, hanya Zahid sahaja tolak

October 10, 2021 · Politik

Tidak ada masalah untuk Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan UMNO sekiranya pilihan raya negeri (PRN) Melaka diadakan tetapi mungkin hanya Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang menolak kerjasama itu.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu berkata kerjasama PN dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga dari parti UMNO di peringkat kerajaan pusat berjalan dengan baik, jadi tidak ada masalah untuk perkara sama diteruskan dalam kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka.

“Setakat hari ini saya adalah barisan Kabinet yang dipimpin oleh seorang dari UMNO. Kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan-keputusan yang telah kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.

“Jadi nak menjawab kepada soalan itu, kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin ada satu dua orang yang tak mahu bekerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Hari Sukan Negara peringkat daerah Alor Gajah hari ini.

Rabu lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

Jelasnya lagi, Bersatu sentiasa membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja di luar sana, selagi ia tidak merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Kalau ada yang kata tak nak bersama dengan kita, saya percaya mungkin itu pandangan peribadi, bukannya pandangan majoriti parti yang mereka wakili.

“Saya percaya masyarakat, terutama orang Melayu sangat berharap dan mendoakan orang politik tidak bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.

“Sebaliknya mengerat dan merapatkan saf dan pada masa sama mementingkan rakyat lebih daripada kepentingan diri, kumpulan atau parti yang mereka wakili,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setelah kerajaan negeri dipimpin UMNO hilang majoriti.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok