Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan

July 20, 2023 · Politik

Kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap seperti pembangkang yang ‘gila kuasa’.

Bekas Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Datuk G Parameswaran berkata rakyat harus sedar keadaan ini yang pada akhirnya memangsakan mereka kerana kerajaan terlalu rancak berpolitik.

“Kini PH-BN masing-masing masih bersikap seperti pembangkang yang ‘gila kuasa’. PH-BN sengaja memainkan isu sensitif untuk menonjolkan parti mana paling berkuasa.

“Jadi, rakyat harus sedar bahawa kerajaan hari ini ‘gila kuasa’ seronok menyebarkan fitnah terhadap Perikatan Nasional (PN).

“Disebabkan nafsu membuak mereka bermain politik, rakyat pula menjadi mangsa terpaksa menerima beban hanya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau mempertikaikan tindakan kerajaan yang fokus ‘menyerang’ Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor namun masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.

“Harga barang meningkat, rakyat semakin terbeban. Kini kerajaan semakin galak guna undang-undang tekan lawan politik.

“Sebagai kerajaan, mereka perlulah menyelesaikan masalah ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukannya fokus untuk menjatuhkan parti pembangkang

“Kini serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dihadapkan kepada PN malah mereka berkomplot untuk menjatuhkan Sanusi (yang) dikatakan pemimpin PN paling ditakuti PH-BN.

“Kalau mereka hanya fokus untuk menjatuhkan Sanusi, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang kini sedang menghadapi kesusahan. Adakah bermain politik lagi penting daripada menyelesaikan masalah rakyat” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di enam negeri yang bakal memilih pada 12 Ogos ini agar menolak PH-BN.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok