Kerajaan PH-BN digesa henti ‘gam’ artis terlibat, sokong parti lain

April 18, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional digesa untuk tidak menyekat persembahan artis tertentu daripada disiarkan di semua saluran Radio Television Malaysia (RTM).

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau mendapat maklumat bahawa RTM diarahkan untuk menyekat artis yang tidak sehaluan dengan kerajaan PH-BN.

Menurut beliau, pegawai-pegawai RTM diarah untuk melakukan pemeriksaan ‘latar belakang’ terlebih dahulu sebelum menjemput mana-mana artis untuk muncul di saluran kerajaan.

“Adakah ini bermaksud Kementerian Komunikasi dan Digital kini menyekat artis yang mempunyai latar belakang tidak sealiran dengan PH – UMNO? Adakah wujud arahan baru untuk gam artis pula?

“Berdasarkan maklumat yang diberi kepada saya, rakaman untuk program khas hari raya itu sudah pun siap. Poster iklan juga telah disebarkan.

“Saya dimaklumkan arahan tersebut menyebabkan ada artis yang akan keluar daripada siaran pada hari raya pertama walaupun telah dirakam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Wan Saiful berkata, jika benar langkah yang berunsur kepartian diambil maka ia menandakan kerajaang mundur dan zalim kerana tidak wajar artis dinilai dengan lensa kepartian.

“Saya minta Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan Digital segera memberi penjelasan atau lebih baik terus membetulkan keadaaan dengan membenarkan rakaman artis tersebut disiarkan.

“Fahmi sebelum ini adalah pejuang kebebasan bersuara. Apabila memegang kuasa, jangan jadi kuku besi yang menggunakan kuasa untuk menutup mulut dan periuk nasi rakyat termasuk golongan artis,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok