Kerajaan baharu cacatkan demokrasi, ramai calon kalah dilantik dalam Kabinet: Saifuddin

December 10, 2022 · Politik

Pentadbiran kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mencacatkan amalan demokrasi dengan ramai calon yang kalah dilantik ke dalam Kabinetnya, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata tidak sepatutnya Perdana Menteri kerajaan baharu melantik terlalu ramai calon mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi Menteri dan Timbalan Menteri walaupun mempunyai hak untuk melantik sesiapa pun dalam kerajaan.

“Melantik senator adalah perkara lazim bagi membolehkan Perdana Menteri memilih golongan profesional dan penjawat awam iaitu mereka yang pakar dan bukan dalam kalangan ahli politik.

“Tetapi jumlah ahli politik yang kalah dilantik Datuk Seri Anwar (Ibrahim) agak luar biasa dan jika begitu mungkin tak perlu buat PRU (pilihan raya umum) selepas ini.

“Saya tak kata orang kalah tak boleh dilantik (senator) tapi lazimnya jawatan senator untuk golongan profesional dan pakar. Kalau ada yang kalah itu seorang dua sahaja. Kali ini ramai,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Seramai empat menteri dan dua timbalan menteri dilantik Senator Dewan Negara bagi pembentukan kerajaan campuran selepas PRU-15.

Sebelum ini hanya dua Senator Dewan Rakyat yang lazimnya dilantik dalam kalangan golongan profesional dan pakar bidang tertentu bagi jawatan menteri dan timbalan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Perikatan Nasional (PN) akan mengotakan janji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, profesional dan produktif.

Jelasnya, ia bukan sahaja di peringkat Pusat malah di peringkat negeri ini.

“PN Pahang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang sekali gus menubuhkan exco bayangan buat pertama kalinya di negeri ini.

“Kita tunggu Menteri Besar umum portfolio, kemudian kita akan umum barisan exco bayangan kita bagi mengukuhkan proses semak dan imbang.

“Begitu juga di Dewan Rakyat, akan wujud Kabinet bayangan bagi sebuah negara demokrasi supaya proses semak dan imbang berjalan teratur dan sistematik serta ada persaingan yang sihat di antara pihak kerajaan dan pembangkang,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok