Keputusan PRN 2023 jejas legitimasi kerajaan Anwar untuk terus memerintah: Jayum

August 14, 2023 · Politik

Rakyat di Semenanjung sudah membuat keputusan yang jelas mengenai siapa mereka mahu mewakili mereka pada pilihan raya negeri (PRN) 2023. Keputusan adalah jelas ke mana sokongan Melayu and Cina khasnya telah diberikan.

PRN 2023 bukan sahaja penting bagi rakyat di enam negeri memilih wakili rakyat mereka, tetapi implikasi lebih besar ialah PRN 2023 adalah ujian ke atas sokongan rakyat Semenanjung khasnya orang Melayu kepada Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.

Umumnya, atas permukaan keputusan PRN 2023 memperlihatkan kedudukan sama atau status quo dari segi siapa kembali memerintah di enam negeri. PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah kembali semula memerintah dengan memperolehi majoriti cukup di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sementara itu PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan kembali memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Jadi, apa yang berubah? Semacam tidak ada yang berubah tetapi apabila kemenangan setiap blok yang bertanding dikaji dengan sedikit mendalam, maka perubahan dari segi siapa menang dan siapa kalah menjadi ketara dalam PRN 2023.

Di Kelantan, PN menendang keluar PH dan sekutunya. Dari 37 kerusi yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), PN hampir menyapu bersih 45 kerusi. Dua kerusi gagal dimenangi, tetapi jumlah 43 itu melebihi paras dua pertiga dan lebih baik dari prestasinya pada PRU 14 di mana PAS hanya menang 37 kerusi.

Di Terengganu, PN menyapu bersih kesemua 32 kerusi yang ada di negeri berkenaan apabila ia merampas 10 kerusi yang dahulunya dimenangi oleh BN. Di Kedah, PN juga menunjukkan prestasi yang meningkat. Dari 20 kerusi yang dimenangi pada PRU 14, PN menawan 33 kerusi, meninggalkan 3 kerusi sahaja kepada PH-BN.

Di tiga negeri yang mereka kuasai sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, prestasi PN meningkat. Ketiga-tiga negeri adalah negeri Melayu yang mempunyai lebih 75% penduduk Melayu seperti di Kedah dan setinggi lebih kurang 95% di Kelantan dan Terengganu.

Di tiga negeri yang dikuasai PH, PN menunjukkan prestasi meningkat. Di Selangor, PN hanya ada 1 kerusi pada PRU 14 tetapi pada PRN 2023, PN menang 22 kerusi. Ini agak luar biasa dan pasti membanggakan. Di Pulau Pinang, PN ada 1 kerusi pada PRU 14 tetapi jumlah itu telah meningkat kepada 11 pada PRN 2023. Begitu juga di Negeri Sembilan di mana PN tidak mempunyai sebarang kerusi pada PRU 14 tetapi pada PRN 2023 mereka menang 5.

Justeru, walaupun kedua-dua blok parti bertanding itu mengekalkan kerajaan negeri masing-masing, tetapi peralihan sokongan dari jumlah kerusi negeri yang bergerak antara kedua-dua blok parti itu menunjukkan bahawa PN menang moral dan sebenarnya mengatasi PH dan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan.

Keputusan PRN 2023 menunjukkan dengan jelas beberapa perkara dan andaian umum yang semua sudah maklum. Pertama, Melayu Semenanjung mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak didokong oleh majoriti Melayu Semenanjung yang merupakan masyarakat rakyat majoriti Malaysia. Kedua, Melayu Semenanjung juga berkata bahawa mereka tidak mahu bukan Melayu menjadi tunjang sebuah kerajaan kerana ini mencabar kedaulatan politik demokrasi berasaskan politik dominasi Melayu. Dalam konteks ini, mereka khuatir arah tuju Kerajaan Malaysia akan dikawal atau dipengaruhi oleh bukan Melayu.

Ada segelintir pengulas politik mengatakan bahawa PRN 2023 tiada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan. Sebenarnya, ini pandangan yang tidak tepat. Pilihan raya ada kaitan dengan semua hal berkaitan parti, kuasa dan kerajaan. Ini adalah kerana blok yang sama bertanding untuk mendapatkan sokongan. Justeru, keputusan dari segi jumlah kerusi naik/susut menunjukan pasang surut sokongan.

Daripada keputusan PRN 2023 yang menunjukkan peningkatan sokongan Melayu Semenanjung kepada PN, maka sudah dijangkakan bahawa PN akan menuntut dua hal. PN mendesak supaya Kerajaan Perpaduan berundur berasaskan mandat baharu Melayu Semenanjung atau menuntut supaya Parlimen dibubarkan supaya rakyat menentukan sokongan berasaskan sentimen yang ditunjukkan dalam PRN 2023.

Legitimasi untuk terus memerintah oleh Kerajaan Perpaduan terjejas dengan keputusan PRN 2023. Keputusan ini memberi kesan kepada legitimasi dan integriti untuk terus berpegang kepada kuasa dalam keadaan sokongan sudah susut dengan jelas dari para pengundi yang sama yang telah bersuara dalam platform sama, iaitu pilihan raya, walaupun dua pilihan raya berbeza menentukan kerajaan di dua peringkat yang berlainan.

Melayu akar umbi di Semenanjung sudah bercakap dengan jelas siapa pilihan mereka. Dari sudut parti, paling jelas mereka menolak UMNO yang mengulangi kekalahan teruk pada PRU 15. Malah lebih teruk kali ini kerana UMNO kalah di 89 kerusi dan hanya menang 19 kerusi berbanding 43 kerusi sebelumnya. UMNO mendapat markah gagal, 17.6%. Ia mengalami total wipe-out di Terengganu dan Kedah serta saguhati 1 kerusi di Kelantan dan 2 kerusi di Pulau Pinang. Sesatunya negeri yang tidak terkesan teruk ialah Negeri Sembilan, menang 14 kerusi dan kalah 3.

UMNO perlu reformasi radikal jika mahu terus hidup. Sudah ada suara mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan. Tan Sri Idris Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu, sudah menyuarakannya. Anwar tiada pilihan lain. Jika beliau menghalang perubahan ini dari berlaku PH juga akan terheret turun sama dalam PRU 16.

Datuk Dr. Jayum Anak Jawan FASc adalah Profesor Politik & Kerajaan, UPM, dan Felo Akademi Sains Malaysia

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok