Kau jadi menteri sebab Anwar sayang saja, kata Afif bidas Saifuddin Nasution

September 17, 2023 · Politik

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dibidas tidak layak untuk menjadi menteri kerana kalah dalam pilihan raya sebelum ini, kata Dr Afif Bahardin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan itu mengkritik Menteri Dalam Negeri yang kalah pilihan raya dan dilantik atas ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran kenyataannya membidas penganjuran himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.

“Kau jadi menteri bukan sebab bukan sebab rakyat pilih, kau kalah pilihan raya.

“Kau jadi menteri sebab Anwar sayang kau, sebab tu kau jadi menteri.

“Dia (Saifuddin) kata kita hina 16 Sept, saya nak bagi tahu dulu 16 Sept ada orang sibuk cari ahli parlimen nak tumbangkan kerajaan,” katanya ketika berucap di hadapan Sogo di Kuala Lumpur.

Anwar sebelum ini pada 16 Sept tahun 2008 ketika menjadi Ketua Pembangkang mengatakan lebih daripada 31 ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan pentadbiran baru. Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan.

Kelmarin, Saifuddin menyifatkan tindakan memilih tarikh 16 Sept untuk mengadakan ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ sebagai tidak menghormati sambutan Hari Malaysia, yang signifikan dan sarat dengan semangat saling menghormati dan kepatuhan kepada undang-undang.

Katanya, pemilihan tarikh itu, jelas menunjukkan rasa tidak hormat terhadap amalan hidup toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

Mengulas lanjut, Afif mendakwa Saifuddin bukan saja menteri tanpa mandat rakyat tetapi juga telah menyalahgunakan kuasa.

“Dia jadi menteri, dia gunakan kuasa untuk pertahankan perasuah, perompak dan juga penyamun. Sebab itu hari ini kita berhimpun kita sudah tiada jalan lain.

“Saya nak beritahu menteri ‘cicak mengkarung’ ini, perhimpunan kita hari ini adalah permulaan untuk perjuangan yang panjang…perjuangan kita untuk selamatkan Malaysia,” tegasnya.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok