Jika Covid-19 sukar dikawal, sidang DUN secara hibrid

July 20, 2021 · Politik

Jika keadaan Covid-19 di Selangor sukar dikawal berkemungkinan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan secara hibrid, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata kerajaan negeri sedia mengadakan sidang secara maya bagaimanapun beberapa usul berhubung pindaan akta, enakmen atau peraturan dewan perlu dibentang pada awal persidangan secara fizikal supaya persidangan secara hibrid dapat dilaksanakan secara sah.

“Selepas pindaan diluluskan, kita akan meneruskan sidang DUN secara hibrid dalam usaha kita untuk mengelakkan perebakan Covid-19,” katanya lapor Bernama.

Amirudin berkata, ujian saringan Covid-19 kepada mereka yang akan terlibat dengan persidangan DUN bakal dijalankan dalam masa terdekat, selain hanya petugas sidang DUN serta pengamal media yang lengkap menerima dua dos vaksin dibenarkan bertugas di sana.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga selesai menjalankan satu sesi libat urus secara webinar dengan Ahli Parlimen, ADUN kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan perkembangan inisiatif “Pakej Kita Selangor”.

Beliau berkata, perbincangan itu turut melibatkan kemungkinan pindaan kepada belanjawan negeri, terutamanya jika melibatkan pertukaran peruntukan sesebuah agensi.

Sebelum ini media melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor pada 23 Ogos hingga 6 Sept ini.

Amirudin berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga memberi perkenan bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 DUN Selangor Ke-14 2021 dan merasmikan Istiadat Pembukaan sidang DUN pada Isnin, 23 Ogos ini.

Katanya, sidang DUN kali ini mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan, bukan sekadar sidang khas dengan kawalan tatacara pengendalian piawai dan memfokuskan usaha kerajaan negeri menangani penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok