Jawatan Zuraida dalam MPT Bersatu gugur serta-merta: Hamzah

May 26, 2022 · Politik

Jawatan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu gugur serta-merta selepas mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata beliau telah ambil maklum mengenai kenyataan yang dibuat Zuraida itu dan akan membawa perkara berkenaan ke pertimbangan MPT serta bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Zuraida, lapor Bernama.

“Buat masa ini beliau (Zuraida) belum meletakkan jawatan dalam Bersatu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen 2022 di Ibu Pejabat Imigresen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada dua minggu lepas telah bersetuju untuk untuk menggantikan jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu dengan individu lain.

“Ini berikutan satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Zuraida pada 9 Mei untuk beliau menjawab beberapa soalan berhubung penglibatannya dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PBM.

“Namun, pada 23 Mei menerusi satu surat balas daripada Zuraida, beliau menolak pertuduhan bahawa beliau merupakan ahli PBM dan memohon pejabat Setiausaha Agung Bersatu menyertakan bukti atas tuduhan berkenaan. Tetapi segalanya terjawab pada hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang disandang Zuraida, Hamzah berkata jumlah menteri Kabinet daripada Bersatu telah dipersetujui sebelum ini oleh presiden Bersatu dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bermakna, jika Zuraida digugurkan daripada Bersatu maka tempatnya itu akan digantikan oleh seseorang dari Bersatu seperti yang dicadangkan presiden parti untuk menjadi menteri yang mewakili Bersatu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Bersatu akan terkesan dengan kehilangan Zuraida, Hamzah berkata parti tidak terkesan kerana Zuraida juga sudah tidak aktif dan hanya menggunakan Bersatu untuk kepentingan dirinya.

“Mesyuarat Agung dan MPT juga beliau tidak hadir. Saya berpendapat, beliau telah menunjukkan sikap sebenarnya. Beliau tidak hadir beberapa mesyuarat parti, iaitu lebih daripada enam mesyuarat,“ katanya.

Zuraida hari ini mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana percaya dengan perjuangan parti itu dan enam prinsip terasnya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu· Politik
Peja sahkan tidak tanding PRN
June 4, 2023· Politik
Bersatu akan tanding di Terengganu, Kelantan kata PAS
June 3, 2023· Politik
Tun M, Muhyiddin kembali jalin kerjasama, PAS lihat kelebihan pada PRN
June 3, 2023· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok