Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan

June 1, 2023 · Politik

Langkah kerajaan Malaysia mengusir bekas ketua pembangkang Kemboja, Sam Rainsy yang mengunjungi negara baru-baru ini mengundang rasa kecewa Hassan Abdul Karim.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mempersoalkan langkah kerajaan campuran yang mengusir pemimpin pembangkang Kemboja itu walhal beliau berjuang untuk perubahan Kemboja secara demokrasi dan tidak sepatutnya diusir sedemikian rupa.

Sebaiknya, beliau menyokong jika bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush atau bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang memerangi dan menghancurkan Iraq dihalau dari Malaysia.

“Hari ini aku berasa sedih apabila membaca berita bahawa Perdana Menteri negaraku yang katanya menjunjung hak asasi dan demokrasi menghalau Rainsy, tokoh pembangkang Kemboja yang singgah ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hassan berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa Rainsy diusir dari negara ini selepas beliau dan rombongannya dihalang daripada mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Menurut laporan akhbar Kemboja Khmer Times, Rainsy datang ke negara ini menggunakan pesawat peribadi dan pasport Perancis.

Langkah itu dipercayai bagi membolehkannya masuk tanpa penelitian pihak berkuasa Malaysia.

Mengulas lanjut Hassan berkata, pengusiran bekas ketua pembangkang itu turut mengingatkan beliau mengenai kejadian-kejadian yang pernah berlaku terhadap rakan-rakannya dan pemimpin pembangkang suatu ketika dulu termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sahabat-sahabatnya dan pemimpin pelajar Universiti Malaya pernah lari keluar negeri pada 1975 untuk menyelamatkan diri daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Mereka terpaksa mencari perlindungan politik atau suaka politik di Eropah, di negara ‘kafir’ yang kenal erti kemanusiaan dan belas ihsan yang menjadi antara asas makna madani,” katanya.

Beliau memberitahu, Anwar sendiri pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan keadilan dan reformasi untuk Malaysia selain diberi sokongan oleh masyarakat antarabangsa terhadap gerakan demokrasi di negara ini dalam usaha menentang kerajaan di bawah Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai ‘diktator’.

“Malaysia perlu ada suatu dasar luar negara yang progresif, dinamik dan aktif sesuai dengan amalan diplomasi antarabangsa yang berintegriti dan berwibawa,” katanya.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Hanya Hassan persoalkan langkah kerajaan Anwar bebaskan Zahid
September 5, 2023· Politik
MP PKR kata rakyat sokong PN kerana ketidakadilan kerajaan campuran
August 20, 2023· Politik
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok