Hanya Hassan persoalkan langkah kerajaan Anwar bebaskan Zahid

September 5, 2023 · Politik

Selepas pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini lantang diam membisu dan menikus tidak memberikan sebarang kenyataan.

Daripada semua pemimpin PH yang sebelum ini sering melabel Presiden UMNO sebagai kepala perasuah, nampaknya hanya Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim sahaja setakat ini yang mempersoalkan langkah kerajaan campuran dipimpin Anwar melepaskan anak muridnya itu.

Hassan melahirkan rasa kecewa selepas laporan media Zahid yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Ahli Parlimen PKR itu melalui sajaknya menyoal bagaimana perkara ini akan memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat.

“Kita hari-hari bercakap basmi korupsi, kita berdiri di tahap moral yang tinggi.

“Bebas dari rasuah tegakkan integriti, kita melaungkan slogan reformasi.

“Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang,” soal Hassan.

Terdahulu, Zahid dilepaskan daripada kesemua 47 pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya dipetik laporan media.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau yang juga Presiden UMNO, turut berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Sajak DNAA oleh Hassan Karim

Mengapa begini yang terjadi?

Kita hari-hari bercakap Basmi korupsi

Kita berdiri di tahaf moral yang tinggi

Bebas dari rasuah

Tegakkan intergriti

Kita melaungkan slogan reformasi

Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang?

Prima facie telah terbukti

Tiba-tiba hari ini pertuduhan korupsi digugurkan

DNAA dihadiahkan

Keputusan dilepas tanpa dibebas

diberi begitu begitu mudah saja

Begitu santai santai kelihatannya

Lalu aku bertanya di manakah kedaulatan undang-undang yang ada?

Yang kerap diulang sebut di bulan kemerdekaan ini

Jangan murka bila aku menyoal lagi

Benarkah perlembagaan negaraku ini luhur?

Tiada dua darjat dalam tafsiran hukum?

Satu untuk rakyat jelata

Satu lagi untuk mereka dari elit berkuasa?

Tiada hari yang aku berasa sedih seperti hari ini

Terasa kosong dan sia-sia belaka

perjuangan yang aku anggap mulia selama ini

Kini aku persoalkan semula

Tetapi inilah yang terjadi

Orang yang rasuah dan pecah amanah

Boleh lepas dari hukum

Secara mudah-mudah sahaja

Isyarat apa pemerintah hari ini ingin beritahu kepada dunia?

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok