Exco UMNO Kedah sahkan terima surat jemputan PAS, tapi beri alasan

September 4, 2022 · Politik

Selepas UMNO mendakwa tidak menerima jemputan ke Muktamar Tahunan PAS Ke-68, akhirnya seorang exco negerinya, Datuk Suraya Yaacob mengakui menerima surat jemputan yang diberikan kepadanya oleh Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahya.

Suraya yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah mengakui menerima surat jemputan yang diberikan wakil PAS kepadanya, ia berbeza dengan dakwaan UMNO sebelum ini mengatakan tidak menerima jemputan tersebut.

“Tidak dinafikan pada 30 Ogos baru-baru ini, saya ada menerima jemputan daripada Ketua Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahya ke Muktamar Tahunan Pas yang berlangsung di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Suraya memberi alasan lain pula selepas tiada wakil UMNO hadir ke Muktamar tersebut, kononnya ia jemputan atas tiket exco Kedah pula.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa jemputan tersebut dibuat atas tiket Exco Kedah dan langsung tidak melibatkan kapasiti kepemimpinan UMNO atau institusi kepartian,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, beliau tidak pernah hadir ke mana-mana Muktamar Tahunan PAS, malah mesyuarat di peringkat kawasan PAS sekali pun tidak pernah hadir.

“Oleh itu, saya menegaska. Hakikatnya, sepanjang empat tahun Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan, saya tidak pernah sekalipun hadir ke mana-mana Muktamar Tahunan PAS, mahupun mesyuarat di peringkat PAS kawasan mahupun Kedah.

“Peliknya, pada 2022 ini kecoh pula tentang kononnya tidak seorang pun kepemimpinan UMNO hadir pada Muktamar PAS.

Bagaimana kepimpinan UMNO hendak hadir jika tiada sebarang jemputan dibuat atas kapasiti parti? Apakah kerana kekecohan tersebut sengaja PAS cetuskan gara-gara Pilihan Raya Umum Ke-15 yang hampir tiba?” soalnya pula.

Semalam, Setiausaha Agung PAS itu mengesahkan sudah membuat jemputan rasmi kepada pimpinan UMNO ke muktamar parti itu, namun jemputan itu tidak mendapat sambutan daripada pemimpin parti tersebut, malahan pemimpin negeri di Kedah juga tidak hadir sama ke majlis tersebut.

“Saya mengesahkan kita jemput pimpinan UMNO, tetapi tiada respon, termasuk UMNO Kedah pun tiada yang hadir,” katanya semalam.

Semalam, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang merasmikan muktamar tersebut hari ini yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Bagaimanapun, pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menghadiri Muktamar Tahunan itu dan duduk sepentas dengan pemimpin utama PAS.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok