Empat MP Sabah melompat, AGC bantah permohonan Bersatu supaya kerusi dikosongkan

August 30, 2023 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.

Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong, menurut laporan Bernama.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa permohonan Bersatu perlu ditolak kerana keputusan itu tidak tertakluk kepada semakan kehakiman menurut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang antilompat seperti yang dinyatakan dalam Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman kerana Perkara 63 Perlembagaan,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.

Perkara 63 menyatakan bahawa kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mahkamah.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai pegawai awam parti itu pada 17 April lepas.

Bersatu menamakan Johari dan empat Ahli Parlimen itu iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Kiandee dan Muhammad Suhaimi berhujah bahawa permohonan semakan kehakiman itu perlu didengar kerana ia bukan suatu yang remeh dan menyusahkan.

“Speaker telah melampaui bidang kuasanya kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir perlembagaan Bersatu atau membuat penentuan bila keanggotaan responden kedua hingga kelima dalam Bersatu terhenti.

“Penetapan speaker itu tidak rasional dan menyalahi undang-undang kerana ia menyalah tafsir peruntukan perlembagaan Bersatu dan sewajarnya adalah kesilapan undang-undang,” kata bekas Speaker Dewan Rakyat.

Mahkamah menetapkan 16 Nov ini untuk keputusan permohonan itu.

Dalam permohonan itu, Bersatu memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.

Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.

Berita berkaitan
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok