DUN Terengganu bubar esok

June 27, 2023 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubar esok bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan perkara itu melalui satu kenyataan di Facebook, hari ini.

“Adalah saya, setelah mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Terengganu bagi penggal ke-14…maka Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengampuni perkenan untuk membubarkan DUN Terengganu pada Rabu 09 Zulhijjah 1444H bersamaan 28 Jun 2023,” katanya.

Bermula esok, Terengganu akan ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu selepas PRN nanti.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah kira-kira jam 8.30 pagi tadi bagi memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran DUN Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, PAS memenangi 22 kerusi DUN manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok