Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman

December 4, 2023 · Politik

Walaupun kalah teruk semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini, nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih tidak berkesedaran dan tidak kisah dengan kritikan terhadapnya.

Presiden UMNO itu yang hanya menang majoriti 300 undi lebih di kawasan ditandinginya semasa di Bagan Datuk berkata majoriti 37 ribu lebih diperoleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bukan referendum rakyat terhadap kerajaan campuran.

Zahid berkata sokongan yang diterima itu masih dianggap kecil yang hanya mewakili 141,00 pengundi dan di satu kawasan Parlimen sahaja.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman.

“Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum? Jadi kita harap mereka tidak bermimpi di siang hari,” katanya dipetik laporan MG.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kemenangan besar Ahmad Samsuri membuktikan referendum rakyat terus berpihak kepada kepimpinannya dan gabungan PN.

Katanya, dengan meraih majoriti lebih besar sebanyak 37,220 undi yang mewakili sokongan 70 peratus pengundi di kerusi berkenaan bukan sahaja menunjukkan penerimaan terhadap kedudukan Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar.

Takiyuddin menjelaskan, pengekalan status quo parti Pas di Kemaman adalah referendum penolakan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Harapan-UMNO.

Malah menurutnya, ia juga mengesahkan momentum sokongan menaik kepada PN dalam beberapa siri PRK pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk di Parlimen Kuala Terengganu dan Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Pelangai.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tidak ada peningkatan sokongan sebenarnya kepada calon PAS pada PRK Kemaman itu.

Sebaliknya jelas beliau, terdapat kekurangan pengundi putih BN khususnya UMNO kira-kira 10,000.

“Oleh sebab itu apabila hanya 68.3 peratus sahaja pengundi-pengundi putih UMNO yang keluar mengundi, maka ia nya telah menyumbang kepada majoriti yang bertambah kerana pengundi kita tidak keluar,” katanya.

Sabtu lalu, Ahmad Samsuri menewaskan pencabarnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerusi pertembungan satu lawan satu.

Naib Presiden PAS tersebut memperoleh 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi yang merupakan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia mewakili Barisan Nasional (BN) mendapat 27,778 undi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
1 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
19 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok