DUN Pulau Pinang bubar esok

June 27, 2023 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan esok bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, pagi tadi.

“Saya telah mendapat perkenan Tun Ahmad Fuzi bagi menandatangani proklamasi membubarkan DUN Pulau Pinang bagi membuka jalan untuk PRN yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah semua negeri membubarkan DUN masing-masing.

“Pembubaran ini berkuat kuasa esok (28 Jun). Jadi saya rasa lega ini berakhir. Jadi kita boleh bergerak ke hadapan untuk melakukan persediaan PRN,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow tiba di Seri Mutiara jam 7.53 pagi untuk menghadap Tun Ahmad Fuzi dan pertemuan itu berlangsung lebih 40 minit.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada PRU-14, PH menyapu 37 kerusi manakala baki tiga lagi kerusi dimenangi BN (2) dan PAS (1).

Enam negeri – Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka mengadakan PRN serentak selepas masing-masing negeri bersetuju untuk membubarkan DUN pada minggu terakhir Jun.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok