DUN Negeri Sembilan bubar Sabtu ini

June 28, 2023 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bakal dibubarkan Sabtu ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tarikh itu mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembilan bagi memberi ruang PRN diadakan.

“Alhamdulillah, tarikh pembubaran 1 Julai ini,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di Seremban, hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz.

Aminuddin berkata beliau telah memohon pejabat Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan supaya dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran DUN ke-14 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi ruang PRN diadakan serentak dengan lima negeri yang lain.

Sementara itu beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan interim yang beroperasi seperti biasa bagi memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kekal efisien.

Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN itu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok