
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa diwawancara dengan Agenda Daily di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Hari secara sah, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaannya bersama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.
Sebelum ini timbul desas-desus bekas Perdana Menteri itu akan menyertai parti politik baharu selepas keluar daripada parti Pejuang yang diketuai anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ekoran wujud perselisihan faham dalaman parti.
Dr Mahathir membuat penampilan bersama Ibrahim pada sidang media mengumumkan beliau menerima keahlian Putra, di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang ini.
Beliau menyifatkan Putra sesuai dengan perjuangannya iaitu membela nasib orang Melayu.
Dr Mahathir meninggalkan Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz, tidak lama selepas ia menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Putra salah satu daripada empat parti yang menganggotai GTA.