Dr Mahathir dakwa Najib mungkin mahu diampunkan tanpa masuk penjara

July 21, 2022 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak Datuk Seri Najib Razak mungkin cuba mendapatkan pengampunan penuh tanpa masuk penjara walaupun sudah disabitkan dengan hukuman berhubung jenayah dilakukan bekas Perdana Menteri (PM).

Pengerusi Pejuang itu mendakwa Najib sebenarnya masih mahu bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) untuk menjadi PM semula walaupun sudah disabitkan bersalah di mahkamah berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan sedang dibicarakan atas puluhan pertuduhan jenayah ketika ini.

“Saya tidak fikir Najib menggemari idea untuk masuk penjara. Dia mahu diampunkan tanpa masuk penjara.

“Sudah tentu hanya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh memaafkannya,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Khamis.

Jelas Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan berhubung perkara berkenaan sebelum keputusan dibuat.

“Jika dapatan tidak sebulat suara, kemungkinan pengampunan akan diberikan. Ini adalah hasrat orang rasuah yang percaya bahawa kerajaan yang rasuah akan bertolak ansur dengan rasuah mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ramai pengundi yang merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain dalam memilih pemimpin memandangkan semua ahli politik korup.

“Nasib baik perkara itu tidak begitu benar. Terdapat ahli politik yang tidak rasuah, cintakan negara mereka, dan mahu Malaysia sekali lagi menjadi Harimau Asia.

“Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat. Malangnya NGO bukan parti politik,” menurutnya lagi.

Jelasnya, cara terbaik untuk NGO mencapai perjuangan mereka dalam membersihkan kerajaan adalah dengan mengundi ahli politik bersih yang tidak berkuasa sekarang tetapi mahu negara pulih sebagai Harimau Asia.

Untuk rekod, Najib sebelum ini sudah dijatuhi hukuman bersabit kesalahan menyeleweng dana SRC International, sebuah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok