Budaya politik dendam kembali selepas PH-BN berkahwin, DAP jinak dengan UMNO?

December 7, 2022 · Politik

Sudah dua minggu sejak Perdana Menteri Ke-10 mengangkat sumpah pada 24 November lalu, namun masih tidak ada hala tuju yang jelas daripada pentadbiran kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Setakat dua minggu ini, rakyat melihat parti pemerintah yang masih belum teruji keabsahan di Parlimen berterusan menyerang parti lawan walaupun sudah berakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menteri dilantik masih bergelut untuk memberi penjelasan berhubung perkahwinan politik antara PH-BN kepada umum.

Sememangnya perkahwinan politik yang besar akan memberikan kesan kepada hala tuju corak pentadbiran sesebuah kerajaan, namun mungkin terlalu awal untuk menilai kemampuan pentadbiran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, pengumuman pembentukan barisan Kabinet oleh Anwar sudah mencerminkan isyarat awal ke arah mana negara bakal dibawa dan langkah melantik seseorang pemimpin yang dikatakan kluster mahkamah menerima kecaman banyak pihak.

Slogan reformasi dan perubahan yang dicanangkan oleh Anwar dan PH tercalar apabila membelakangi prinsip integriti yang selama ini mereka perjuangkan sendiri kerana sanggup melantik ahli politik penuh kontroversi dalam kerajaan.

Bagaimana seorang ahli politik yang dikatakan menjadi punca kepada kejatuhan UMNO-Barisan Nasional (BN) mendapat tempat tertinggi dalam pentadbiran walhal partinya sendiri tidak memenangi kerusi Parlimen yang banyak semasa PRU-15 lalu.

Anwar boleh memberi alasan untuk menghalalkan keputusannya melantik Zahid, namun pada kaca mata umum lantikan tersebut adalah hanya semata-mata mahu memastikan kedudukannya tidak terancam dan prinsip boleh dicampak dengan sewenang-wenangnya demi matlamat peribadi.

Jelas sekali, kerajaan dibentuk tidak mencerminkan prinsip telus dan bersih yang diperjuangkan oleh PH seperti mereka berkempen kepada rakyat sebelum ini.

Barisan Kabinet yang dilantik juga menjadi pertikaian dikalangan orang awam kerana calon yang kalah semasa PRU-15 lalu masih diberikan tempat dalam kerajaan.

Apakah merit yang digunakan Anwar dalam melantik barisan menteri? 

Adakah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) paling kuat bodek digunakan sebagai kayu pengukur dalam melantik barisan jemaah menteri oleh kerajaan PH-BN ini?

Berdasarkan lantikan ahli politik dalam kerajaan sekarang ini, nampaknya ahli politik yang dilihat kuat membodek diberikan jawatan penting dalam kerajaan dan bukan kerana mempunyai kemahiran atau pengalaman dalam menguruskan sesebuah pentadbiran kerajaan.

Orang ramai juga semakin sinis dan hilang keyakinan dengan barisan menteri yang diumumkan susulan beberapa episod memalukan diri sendiri yang ditunjukkan oleh beberapa individu yang baharu dilantik.

Antaranya, seorang menteri yang sedang mengadakan sidang media secara tiba-tiba boleh menjawab panggilan telefon hanya kerana kononnya mendapat panggilan penting.

Tidak pasti apakah tujuan yang cuba ditunjukkan oleh menteri mentah tersebut kepada orang ramai, adakah beliau mahu menunjukkan sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Presiden partinya itu?

Perdana Menteri juga nampaknya masih bergelut untuk menyesuaikan diri kerana terlalu lama menjadi pembangkang dan hanya tahu mencari kesalahan parti lawan dengan berterusan menyerang dengan tuduhan yang liar tanpa sebarang bukti.

Budaya pembangkang yang suka membuat tuduhan masih tidak dapat dibuang walaupun sudah menjadi kerajaan, malah ia semakin menjadi-jadi sebaik mendapat kuasa baru-baru ini.

Strategi serang dahulu dan fikir kemudiaan menjadi budaya yang diteruskan dalam kerajaan baharu ini, sebagai contoh isu RM600 bilion yang dibangkitkan oleh seorang pemilik akaun Facebook dijadikan modal politik oleh parti pemerintah untuk menyerang parti lawan.

Adakah Anwar tidak menyemak terlebih dahulu sama ada tuduhan dibuat oleh pemilik Facebook itu benar? Difahamkan pengguna Facebook yang membuat tuduhan awal tersebut juga sudah meminta maaf dan memadamkan hantaran berhubung isu dibangkitkan itu.

Terbaharu, Anwar juga membangkitkan berhubung dana politik dengan sekali lagi membuat tuduhan tanpa bukti kononnya parti lawan ditaja syarikat judi. 

Tetapi apabila dicabar supaya menunjukkan bukti, Anwar koyak pula dan mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman kepada pihak lawan hanya kerana ditegur balik.

Adakah budaya politik dendam sudah diwujudkan semula oleh pemerintahan PH-BN ini sekarang?

Bukankah Anwar selama ini yang memperjuangkan isu keadilan, tunjuklah sikit kematangan dalam berpolitik dan janganlah terlalu gelojoh menyerang semua pihak yang tidak sehaluan dengan perkara-perkara yang remeh dan tidak masuk akal.

Kerajaan yang didominasi PKR-UMNO ini nampaknya memberi impak yang besar apabila parti komponen seperti DAP terpaksa akur kepada rakan politik baharu mereka walaupun terpaksa menelannya dengan pahit.

Akhirnya DAP kini berjaya dijinakkan tidak lagi menjadi ekstrem dan ia pastinya prestasi yang membanggakan kepada pengundi yang memilih mereka semasa PRU-15 lalu.

Terbukti dengan kerjasama UMNO, parti DAP yang dahulunya dilihat rasis sudah dibersihkan dan disucikan hasil perkahwinan politik PH-BN.

Tahniah UMNO jinakkan DAP menjadi singa tidak bertaring.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
6 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok