Buat pemilihan parti baharu jika UMNO mahu diselamatkan, kata Ku Li

August 20, 2023 · Politik

Langkah segera perlu diambil jika mahu UMNO diselamatkan daripada berdepan kehancuran, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO itu memberi respon berhubung keputusan buruk parti tersebut semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu dan mencadangkan pemilihan barisan kepimpinan yang baharu.

Jelasnya, seluruh kepimpinan UMNO harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti dan tidak semestinya Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang dipersalahkan.

“Kamu tak boleh salahkan seorang. Saya tidak bela Zahid atau sesiapa.

“Kita hanya bercakap tentang menang dan kalah. Dan kepimpinan secara keseluruhan perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini,” kata Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Ku Li berkata sekiranya UMNO tidak berhati-hati, ia mungkin akan menyebabkan kehancuran kepada parti itu.

“Jadi saya meletakkan semua kesalahan kepada kepimpinan parti. Jika kamu mahu seseorang disingkirkan, seluruh kepimpinan perlu disingkirkan, dan kita mesti rombak parti,” katanya dipetik dalam laporan The Star.

Ku Li berkata usaha merombak UMNO boleh dibuat melalui pemilihan parti walaupun parti itu baru sahaja selesai melaksanakan pemilihannya lima bulan lalu.

Sebelum ini UMNO bersetuju dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan yang membolehkan Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan jawatan mereka tanpa bertanding.

“Kita mesti adakan pemilihan (parti) baru. Inilah pembaharuan yang sebenarnya.

“Kalau tidak, jangan cakaplah,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, sokongan orang Melayu merupakan kunci utama bagi kerajaan yang stabil.

UMNO dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan seramai 108 calon pilihan raya di enam negeri baru-baru ini namun hanya 19 daripada mereka menang di kerusi yang dipertandingkan.

UMNO kalah teruk di Kedah dan Terengganu apabila tiada kerusi dimenangi calon mereka, manakala hanya satu calon daripada parti itu menang di Kelantan.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok