Biarlah rakyat marah, itu akan memihak kepada pembangkang apa? soal Saravanan

October 6, 2022 · Politik

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan pelik apabila pembangkang mendakwa rakyat marah jika pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa banjir dengan menyifatkan ia hanya alasan digunakan untuk melambatkan pilihan raya.

Saravanan tidak faham mengapa pembangkang begitu takut sangat dengan mendakwa rakyat marah walhal perkara itu sebaliknya akan memberi mereka keuntungan jika benar rakyat marah kepada Barisan Nasional (BN) semasa PRU-15 nanti.

“Saya pelik, takkan pembangkang ini baik sangat. Kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar adakan pilihan raya masa banjir, kalau betul-betul rakyat marah, biarlah rakyat marah.

“Itu akan memihak pada pembangkang apa? Mereka (pembangkang) takkan tiba-tiba nak jaga kepentingan kita? Ini adalah sandiwara politik.

“Sebab mereka takut rakyat takkan undi kepada pembangkang sebab dah lihat 22 bulan ‘menderita’,” katanya dipetik laporan portal.

Beliau terdahulu mengadakan taklimat khas isu kekurangan pekerja asing di Malaysia semalam.

Saravanan juga berkata PRU-15 tidak akan diadakan semasa musim banjir dengan memberi bayangan ia boleh diadakan pada minggu pertama atau kedua November ini.

“Soal pokoknya siapa kata kita nak adakan pilihan raya masa banjir.

“Kita lihat MetMalaysia kata mungkin banjir lepas 15 November hingga Januari.

“Kalau esok lusa palrimen bubar, pilihan raya diadakan sebelum minggu pertama atau kedua November, kita masih selamat tiada masalah,” jelasnya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
18 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok