Bersatu gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, sama seperti desakan MCA

October 6, 2023 · Politik

Bersatu menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

Gesaan sama sebelum ini juga dibuat oleh parti komponen kerajaan campuran, MCA yang turut mendesak Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan itu melepaskan salah satu jawatan tersebut.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata sepanjang Anwar menjadi Menteri Kewangan, pelbagai masalah kenaikan kos sara hidup timbul dan gagal ditangani sehingga menghimpit rakyat ketika ini.

“Tak nampak ada usaha dilakukan ke arah untuk menstabilkan harga barang atau redakan keresahan rakyat sebab barang (keperluan asas) tak ada (dalam pasaran).

“Kalau MCA rakan sekutu pun beri desakan kepada dia (Anwar) letak jawatan sebagai Menteri Kewangan, kita sebagai pembangkang lebih dari itu (letak jawatan Perdana Menteri),” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Pada Selasa lepas, MCA menggesa Anwar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negara.

Jurucakap parti itu, Mike Chong berkata, Anwar perlu melantik Menteri Kewangan kedua yang boleh memberi tumpuan kepada hal-hal ekonomi sekali gus membolehkan beliau memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran negara.

Mengulas lanjut, Razali berkata, tiada keperluan untuk melakukan rombakan jemaah menteri pada masa ini.

“Ia bukan perlu rombakan kabinet, Anwar perlu letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Rombak-rombak ini serupa tukar kembali benda sama.

“Dia letak jawatan bagi membolehkan rakyat untuk pilih baharu sebab dia memang dah gagal teruk. Tak pernah sejarah duit kita jatuh paras lebih RM4.70.

“Harga barang naik sebab mata wang kita rendah dan tiada usaha dilakukan (atasi masalah). Jadi Anwar kena letak jawatan,” tegasnya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok