Beri peruntukan kepada pembangkang tanpa syarat, BERSIH bidas kerajaan

November 9, 2023 · Politik

Kerajaan campuran digesa memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen (MP) pembangkang tanpa syarat.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dalam satu kenyataan mengkritik kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sehingga hari ini MP Perikatan Nasional (PN) dinafikan peruntukan sejak terbentuk kerajaan sehingga menyebabkan empat wakil rakyat blok pembangkang terpaksa menyokong kerajaan.

Katanya, atas sebab itu beberapa Ahli Parlimen seperti MP Kuala Kangsar, Labuan,  Gua Musang, dan terbaru Jeli mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Anwar dan Kerajaan Persekutuan atas alasan keperluan mendapatkan peruntukan di kawasan mereka.

“Penahanan peruntukan CDF untuk turun kepada Ahli Parlime daripada Perikatan Nasional (PN) adalah sesuatu yang tidak adil yang diamalkan oleh Kerajaan Madani kerana peruntukan terbabit diberikan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

“BERSIH tidak setuju peruntukan CDF untuk Ahli Parlimen pembangkang diikatkan dengan syarat-syarat tertentu kerana peruntukan ini patut diberi sebagai hak Ahli Parlimen tanpa mengira parti,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan, MP PN juga dipilih oleh rakyat dan kerajaan Madani perlu menghormati pilihan pengundi kawasan pembangkang dan tidak menggunakan peruntukan sebagai cip tawar-menawar untuk menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

“Semua Ahli Parlimen PN yang menyatakan pendirian untuk menyokong Kerajaan Persekutuan menunjukkan realiti malang politik di Malaysia hari ini.

“Mereka yang sehaluan dengan kerajaan mendapat wang awam dan sebaliknya mereka yang tidak menyokong kerajaan akan dihukum dengan ditahan peruntukan terbabit.

“Amalan tidak adil itu yang bermula di zaman Barisan Nasional (BN) dan disambung zaman PN sudah dibantah selama ini dan dijanji penghapusannya oleh Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Katanya, BERSIH menyeru Kerajaan Madani dan PN menjalinkan perjanjian persefahaman (MoU) untuk reformasi institusi yang menjanjikan kestabilan politik dan gelanggang permainan yang rata untuk semua pihak, sebagaimana yang berlaku antara kerajaan Keluarga Malaysia dan PH pada 13 September 2021.

“Perkara itu akan membolehkan kerajaan dan pembangkang bekerjasama dan bersaing secara profesional dalam mengatasi cabaran ekonomi dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

“MoU boleh merangkumi pelbagai items reformasi, selain pengkanunan CDF setara untuk semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), juga pendanaan awam untuk semua parti mengikut peratusan undi, pengiktirafan kabinet bayangan, pendalaman (deepening) reformasi Parlimen, Akta Parlimen Berpenggal Tetap, serta pemisahan Badan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Jelasnya, jika kerajaan dan PN keberatan untuk mengambil langkah pertama untuk menggerak perundingan MoU, kedua-dua pihak boleh meminta bantuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaffar yang bertanggungjawab mengotakan kebanyakan reformasi institusi dalam MoU 2021-2022, dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebagai orang tengah jujur untuk membawa perdamaian demi kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok